09 Februari 2012

Ahli parlimen laung azan di Parlimen

16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KAHERAH - Speaker Parlimen Mesir, Saad al-Katatni menegur seorang ahli parlimen kerana melaungkan azan semasa persidangan Dewan Rakyat sedang berjalan, kelmarin.

Teguran itu mencetuskan perbalahan antara wakil Parti Salafi, Mamdouh Ismail dan Saad semasa sesi itu disiarkan secara langsung di televisyen kerana Mamdouh didakwa melanggar peraturan dewan.

“Ini adalah dewan untuk perbincangan. Jangan jadikan ia sebagai pentas untuk menarik perhatian media,” menurut Saad selepas menegur perbuatan Mamdouh.

Parti Islam di Mesir memenangi 70 peratus daripada kerusi di Parlimen negara itu dalam pilihan raya bebas pertama sejak bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan, tahun lalu.

sinar harian/-

Tiada ulasan: