16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Selepas hambar tanpa sebarang kilauan pingat pada hari pembukaan Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19 semalam, Muhammad Edrus Md Yunos memberi keceriaan kepada skuad negara hari ini.
Pada acara yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, Muhammad Edrus mencatat masa terpantas acara 1km ujian masa lelaki elit dengan catatan 1 minit 06.647 saat.
Beliau berjaya mengatasi saingan terdekat, Mahmoud Parash dari Iran dengan hanya perbezaan 0.439s.
"Saya tidak menyangka yang saya boleh meraih pingat emas. Sudah lama saya tidak bertanding dalam acara 1km ini. Kejayaan pingat emas ini boleh dikatakan sebagai bonus kepada saya.
"Sebelum bertanding pun saya tidak letak sebarang sasaran dan hanya mahu melakukan yang terbaik. Jurulatih saya, John Beasley sasar pingat sebarang warna,” katanya. — BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan