13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
PARIT BUNTAR – Seorang pengguna, Siti Zaliha Abdul Jalil meluahkan kekecewaan terhadap pengeluar madu terkenal yang diimport dari luar negara kerana menggunakan campuran gula dalam produknya.
Keadaan itu disedari setelah penutup botol madu berkenaan dibuka dan Zaliha mendapati banyak semut di dalamnya.
“Sepatutnya produk madu asli jarang ada semut yang mahu mengurungnya kerana tidak berbau gula namun produk ini dipenuhi dengan semut kerana terdapat campuran gula yang tinggi di dalamnya,” katanya.
Tambah Zaliha, sebotol kecil madu berkenaan dijual dengan harga RM38 manakala yang besar RM70 dan ia merugikan pengguna yang membelinya.
“Kejadian seperti ini perlu diwar-warkan kepada semua pengguna supaya mereka tidak tertipu dengan taktik kotor pengeluar yang tidak bertanggungjawab.
“Sehubungan itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Parit Buntar kerana percaya produk itu ditukar dengan produk tiruan,” katanya.
Tambah Zaliha, pengguna perlu meneliti keterangan produk dengan sewajarnya sebelum mereka mengambil keputusan membeli sesuatu barangan.
“Jangan mudah percaya dengan produk yang dilabelkan asli kerana ada pihak cuba ambil kesempatan untuk meraih keuntungan semata-mata.
“Sebagai pengguna kita perlu lebih teliti dan bijak menggunakan hak kita agar tidak tertipu,” katanya.
Zaliha berharap pihak kerajaan yang terdiri daripada Hub Halal, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Pengguna dapat menjalankan operasi tertentu terhadap produk yang dinyatakan kerana bimbang lebih ramai pengguna akan tertipu.
Sinar Harian

1 ulasan:
Semut naik ke madu...sebab madu memang ada gula
Madu yang semut tak naik adalah madu yang baru turun dari pokok (fresh) sebab kandungan gas masih tinggi...
Dulu saya pun berpendapat semut tak makan madu asli Saya pernah beli madu yang siap ada lab-test ujian ketulinan dari sebuah makmal UM, tengok semut hurung juga. Saya tak puas hati, saya beli sarang lebah madu dan letakkan atas kaunter sinki di dapur....tak sampai 2-3 minit, tgk semut-semut halus dah mula datang menghurung madu yang menitik keluar dari sarang...
Semut bukanlah penentu ketulinan madu tetapi ujikaji di makmal lebih tepat. Yang lebih reliable, sapukan sedikit madu pada belakang tapak tangan,biarkan seketika... kalau melekit macam sirap gula itu bukanlah madu asli 100%. Madu asli akan menyerap kedalam kulit.
Selalunya kalau madu import yang sahih keasliannya adalah madu dari New Zealand.
Catat Ulasan