13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
THE Blues mungkin menghantar signal kecemasan kepada Gianfranco Zola untuk mengemudi kelab itu selepas memecat Andre Villas-Boas (AVB), kelmarin.
Ketika ini, Roberto Di Matteo dilantik selaku pengendali sementara di Stamford Bridge sehingga hujung musim ini.
Bagaimanapun, sumber mendedahkan Roman Abramovich tidak bercadang menjadikan Di Matteo pengurus tetap sebaliknya mungkin meninggalkan kelab itu selepas kontraknya tamat Jun ini.
Apa pun, Zola, 45, dilihat sebagai calon sesuai mengisi kerusi panas ditinggalkan AVB kerana pernah bersama kelab itu selama lapan musim bermula 1996 hingga 2003.
Dalam pada itu, beberapa nama turut dikaitkan sebagai pengganti AVB antaranya bekas pengurus Liverpool, Rafa Benitez, Jurgen Klopp (Pengurus Borussia Dortmund) dan Jose Mourinho yang pernah dipecat Chelsea pada 2007.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan