13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan kenapa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) perlu belajar dari syarikat tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia) apabila mengalami kerugian seperti mana saranan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, penjualan saham MAS kepada AirAsia bukan bermakna MAS perlu belajar dari syarikat tambang murah itu, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah AirAsia berjaya menduduki lembaga pengarah MAS hasil dari pemilikan saham.
"Saya ingin katakan MAS perlu belajar dan kena lihat kelemahannya sendiri, apa kehebatan ataupun kebaikan AirAsia, malah ia perlu diterap dalam pengurusan MAS.
"Selain itu perlu lihat bagaimana syarikat kecil (AirAsia) boleh menelan syarikat yang sudah lama beroperasi, ini yang perlu dipertekankan," jelasnya.
Tambahnya lagi, kesilapan MAS sehingga menyebabkan kerugian adalah berlaku di zaman Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri lagi.
"Kesilapan MAS berlaku apabila Dr Mahathir memainkan peranannya untuk memastikan Tan Sri Tajuddin Ramli agar dapat menguasai MAS pada waktu itu.
"Kita tahu Tajuddin merupakan anak emas kepada mantan perdana menteri dan akhirnya pengambilan tersebut menyebabkan MAS mengalami kerugian," sambungnya.
Mahfuz menyatakan, dalam hal itu tidak perlu menyuruh MAS belajar dari AirAsia sedangkan sebelum ini sewaktu zaman Dr Mahathir pihak pengurusan mahupun kerajaan tidak mempelajari kesilapan yang mereka lakukan.
"Bila berlaku kerugian yang besar, kerajaan akan bertindak mengambil alih menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian.
"Ini adalah satu perkara yang cukup malang, bagi saya jika sesebuah syarikat besar mengalami kerugian mereka sepatutnya menanggung kerugian tersebut dan belajar untuk memperbaiki bukannya mengambil wang rakyat untuk menampung kerugian MAS itu," jelasnya lagi.
Malah, beliau menekankan agar Dr Mahathir yang perlu belajar atas kesilapan yang dilakukannya dalam membuat keputusan menentukan siapa yang menguasai MAS pada waktu itu.
"Waktu buat keputusan ini, Dr Mahathir tidak belajar dari pengurusan terbaik, untuk meletakkan kesalahan kepada MAS perlu beliau telitikan kembali punca asal kerugian tersebut," sambung Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, mantan perdana menteri memberitahu MAS perlu belajar daripada AirAsia untuk mengenal pasti cara pengurusan yang dapat menjamin keuntungan tanpa perlu menaikkan harga tiket.
harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan