13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA PILAH – Taktik seorang lelaki yang cuba mengaburi pihak polis akhirnya terbongkar apabila hasil pemeriksaan X-ray yang dijalankan berjaya menemui dadah yang dimasukkan melalui duburnya.
Helah itu terbongkar pada 2 Mac lalu jam 5 petang di jalan besar Terachi menghala ke Kuala Pilah selepas sepasukan anggota polis menahan suspek bersama isterinya berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun di tepi jalan.
Suspek yang pada mulanya enggan mengaku dibawa ke balai polis berhampiran untuk disoal siasat dan kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) bagi melakukan pemeriksaan X-ray.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, suspek telah ditahan selepas mendapat maklumat daripada orang awam.
Menurutnya, suspek bersama isteri ditahan ketika hendak pulang ke Batu Kikir dengan menunggang motosikal.
“Hasil pemeriksaan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah. Suspek lelaki positif jenis methamphetamine dan opiate manakala perempuan jenis opiate.
“Sejurus itu, suspek dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan X-ray dan keputusan mendapati terdapat benda asing di dalam rektum lelaki. Hasil pengalaman kami, akhirnya ia berjaya diselesaikan,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.
Jaafar berkata, sebanyak sembilan paket plastik berisi serbu disyaki dadah berjaya dikeluarkan suspek.
“Setiap satu paket tersebut berharga RM50 dan kesemuanya berjumlah RM500 dengan anggaran kasar berat 15.06 gram. Selepas itu, satu laporan polis dibuat dan kedua-duanya ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 Mac ini.
“Dipercayai, suspek merupakan pengedar kecil-kecilan dan pasaran sekitar Bahau serta Kuala Pilah selain memiliki empat rekod lampau,” katanya.
Katanya, suspek lelaki didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati dan seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya serta pengawasan polis selama dua tahun jika sabit kesalahan.
“Manakala isterinya disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 yang boleh dihantar untuk rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) selama dua tahun atau dikenakan Orang Kena Pengawasan (OKP) selama dua tahun jika disabit kesalahan.
“Suspek perempuan juga ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39(B) ADB 1952,” katanya.
Malah katanya, ini adalah kes pertama yang menggunakan modus operandi sebegitu dan sanggup mengambil risiko dengan memasukkan dadah melalui duburnya bagi mengelak dikesan pihak polis.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan