13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
ATHENS 6 Mac - Sebuah kapal tangki minyak Greece yang membawa lebih 2,000 tan minyak dan diesel dilaporkan karam di barat Athens, semalam, menyebabkan kapten kapal tersebut terbunuh.
Pegawai berkata, kapal tersebut yang tenggelam di kawasan penapisan minyak Elefsina, membawa 1,800 tan minyak mentah dan 235 tan diesel, namun tiada tumpahan minyak dilaporkan setakat ini.
Kapal itu dipercayai terlanggar bangkai kapal lama dan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi (4.30 petang waktu Malaysia). - REUTERS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan