13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley mengaku pernah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, dua kali kerana tidak tahan dengan sikap wanita itu yang gemar bersosial.
Beliau memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam berkata, kejadian pertama berlaku di rumah mertuanya, 3 Oktober 2010 apabila dia tidak dapat mengawal perasaannya.
Menurutnya, perbuatan sama diulanginya ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 20 Oktober 2010.
“Saya tampar isteri untuk memberi peringatan pada dia agar tidak menderhaka dan tamparan itu langsung tidak mendatangkan kecederaan.
“Isteri ada melawan, saya dengar dia menangis dan selepas itu dia terus mendaftar keluar dari bilik Hotel Mecury di Thailand,” katanya.
Jimmy berkata, perselisihan faham antaranya dan isteri sering berlaku kerana wanita tersebut lebih suka melayan rakannya melalui laman Facebook, Blackberry Massenger (BBM) dan Ipad.
“Saya banyak kali menegur isteri supaya jangan menderhaka dan melayan saya sebagai seorang suami serta meninggalkan semua perbuatan sosialnya,” katanya ketika disoal peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Noor Aizan Md Idrus.
Mohd Noor: Adakah defendan memberitahu dia sudah tawar hati dengan kamu?
Jimmy: Tidak tahu. Isteri hanya mencari alasan yang kurang bernas untuk tidak bersama saya.
Mohd Noor: Adakah kamu berdua kahwin atas dasar suka sama suka?
Jimmy: Ya dan perkahwinan saya juga atas permintaan ibu mertua saya.
Mohd Noor: Berapa lama kenal isteri?
Jimmy: Sembilan bulan dan isteri pernah bagi tahu saya nak bercinta biarlah selepas kahwin. Selepas kahwin ada masa banyak untuk bercinta.
Jimmy memfailkan permohonan kembali taat terhadap Nursuhaila pada 3 Januari lalu, diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lepas.
Permohonan itu dikemukakan selepas Jimmy dan Nursuhaila mula tinggal berasingan pada 21 Oktober tahun lalu.
Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh yang pernah menjadi pengacara rancangan Trek Selebriti di saluran Astro Ria dan Nursuhaila, 25, kini dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat bersambung 7 Mei depan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan