15 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -
TURUN sebagai pasukan bukan pilihan, Perak bertekad menyekat Terengganu pada pusingan kedua Piala FA, bagi memastikan layak ke peringkat suku akhir.
Kapten pasukan, Shahrulnizam Mustafa menuntut rakan sepasukan supaya tidak memberi ruang kepada anak buah Mat Zan Mat Aris mendominasi permainan.
“Saya harap mereka dapat mengekalkan momentum terbaik, terutama di posisi tengah dan pertahanan kerana Terengganu memiliki pemain yang sangat lincah dan kemahiran tersendiri,” katanya.
Selesa dengan reputasi pasukan underdog, Sharulnizam yang turut dikenali sebagai Arul yakin dengan ramuan jurulatih Norizan Bakar bagi memastikan pasukan dapat layak ke pusingan seterusnya.
“Kerjasama dan kesungguhan setiap anggota pasukan amat penting bagi memastikan matlamat pasukan tercapai,” katanya yang berharap pasukan dapat mengatasi Terengganu walaupun beraksi di gelanggang tuan rumah.
Perak yang memiliki dua pemain import musim ini, Micheal Kubala dan Lazar Popovic dijangka bakal membariskan barisan terkuatnya iaitu Akmal Rizal, K Nanthakumar dan penjaga gawangnya, Mohd Nasril Mat Nourdin untuk menyekat kemaraan skuad Penyu sekaligus memastikan matlamat satu piala musim ini tercapai.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan