5 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
PASIR MAS – Peristiwa hitam ketika dipaksa membina landasan kereta api Thailand-Burma, sentiasa menjadi cerita kepada anak-anak, puluhan tahun lalu.
Anak bekas buruh paksa, Zainuddin Mustafa, 42, berkata, bapanya, Ismail Hamat, 88, selalu menceritakan kesengsaraan, yang ditanggung ketika membina landasan kereta api maut, pada 1942-1946 lalu.
Menurutnya, bapanya sering dipukul tanpa belas ihsan, malah ada rakannya mati akibat kecederaan teruk selepas dibelasah tentera Jepun ketika itu.
“Apa sahaja yang ada di sekeliling tentera musuh akan digunakan untuk memukul pekerja buruh paksa.
“Kayu, besi atau batu, diguna untuk menyeksa buruh, bagi menunjukkan kekuasaan yang tentera Jepun ketika itu,” katanya semalam.
Zainuddin berkata, ketika bercerita, bapa pasti berasa murung dan sedih setiap kali mengingati peristiwa hitam itu.
Disebabkan itu katanya, anak-anak jarang memintanya bercerita peristiwa yang berlaku ke atas bapa dan rakan-rakan sekampung yang lain.
Menurutnya, bapa juga tidak terkecuali daripada memakan daging manusia, kerana ketika itu, sumber makanan terlalu terhad.
“Tentera Jepun tidak pernah peka dengan adab pemakanan halal yang diutamakan orang Islam.
“Bagi mereka, apa yang mereka makan, juga akan dihidang kepada pekerja buruh binaan,” katanya semalam.
Zainuddin berharap, kerajaan dapat menyumbangkan pampasan di atas kesulitan yang dihadapi oleh bapa dan bekas buruh paksa yang lain, agar pengorbanan mereka dihargai dan menjadi kenangan cucu dan cicit mereka di masa depan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan