27 April 2012

Bersih 3.0: Suaram sedia pasukan khas

5 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Badan Hak Asasi Manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan menempatkan pasukannya di beberapa lokasi yang dijangka menjadi tempat berkumpul peserta perhimpunan Bersih 3.0 esok.

Pasukan itu akan membantu sekiranya ada individu yang ditahan polis.

Berikut merupakan lokasi, nama dan nombor yang boleh dihubungi sekiranya ada peserta yang ditahan polis atau pihak berkuasa.

1. Central Market
-Nalini Elumalai: 019-3043159
-Sarah: 018 3181179

2. Masjid Negara
-Syukri: 011-15542640

3. Jalan Sultan
-Maisarah: 012-2187476

4. Masjid India
-Andika: 016-2247255

5. Brickfields
-Theva: 013-3845740

6. KLCC
-Hasbee: 014-9254010

Manakala nombor telefon pejabat Suaram ialah 03-7784 3525 (Diane).

Orang ramai hanya perlu menghantar sistem pesanan ringkas (sms) dengan menaip nama, no kad pengenalan atau pasport serta balai polis di mana individu tersebut dibawa atau ditahan.

Suaram juga mengingatkan peserta "Duduk Bantah" agar tidka panik jika ditahan polis atau penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Apa yang harus dilakukan hanya bertenang dan terus menghubungi pihak Suaram.

Harakah Daily

Tiada ulasan: