5 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
TAIPING - Seorang peniaga di Jalan Pasar di sini berasa terganggu dengan bunyi bising perakam suara burung Walit dari bangunan yang berada di belakang kedainya.
Peniaga dikenali sebagai Tan, 55, berkata, keadaan bunyi bising sejak dari pagi hingga ke tengah malam.
Kata Tan, keadaan itu telah berlarutan sejak awal tahun ini dan mengganggu kehidupan mereka yang sebelum ini tenang.
Menurutnya, walaupun dia tidak terlibat dengan bidang penternakan burung walit, namun tahu bahawa ada masa tertentu dibenarkan berkumandang supaya tidak menimbulkan masalah seperti ini.
“Setahu saya, mereka hanya boleh beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 7 malam dan bunyinya tidak melebihi 60 disebel.
“Pengusaha pula tidak dibenarkan sama sekali untuk membina rumah burung itu di kawasan perumahan atau rumah kedai,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, dia juga telah mengadukan masalah itu kepada pihak berkenaan sebanyak lima kali tetapi belum mendapat maklum balas.
Katanya, bukan niatnya untuk menyalahkan sesiapa tetapi, jika mengganggu waktu tidur dan rehat juga diganggu ia tidak adil untuk penduduk sekitar.
“Saya berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan