27 April 2012

Import lembu AS digantung

5 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

JAKARTA - Indonesia, semalam menggantung import beberapa bahagian daging dan tulang lembu dari Amerika Syarikat (AS) susulan daripada penyakit lembu gila yang melanda California.

Selasa lalu, pihak berkuasa AS melaporkan kes pertama melibatkan penyakit itu dalam tempoh enam tahun tetapi mereka menegaskan ia tidak memberi kesan kepada pengeluaran daging atau susu haiwan ternakan tersebut.

Timbalan Menteri Pertanian, Rusman Heriawan berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka memutuskan hanya akan mengimport daging untuk sementara waktu.

Sebahagian besar daging lembu di negara itu diimport dari Australia dan New Zealand.

Agency

Tiada ulasan: