27 April 2012

Rayuan tahanan Palestin ditolak

5 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TEL AVIV - Mahkamah Agung Israel menolak rayuan tahanan Palestin yang nekad mogok lapar lebih tujuh minggu sebagai bantahan kerana ditahan tanpa sebarang dakwaan, menurut peguamnya, kelmarin. (Gambar Hiasan)

Hassan Safdi, 31, ditahan pada 29 Jun tahun lalu dan diletakkan di bawah tahanan pentadbiran.

Menurut peguamnya, Osama Maqbul, Safdi ada mengemukakan rayuan kepada mahkamah tentera Israel pada bulan lalu tetapi telah ditolak.

“Rayuan keduanya juga ditolak dan mahkamah hanya menasihatkannya untuk makan kerana tindakannya meneruskan mogok lapar tidak akan menyebabkan dia dibebaskan. Safdi kini menderita masalah buah pinggang dan berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Pada masa ini, enam daripada lapan tahanan Palestin yang nekad mogok lapar telah dimasukkan ke hospital penjara Ramle berhampiran Tel Aviv.

Sinar Harian

Tiada ulasan: