5 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU – Seorang isteri membuktikan kasihnya apabila sanggup menjadi penjamin kepada suami yang didakwa mengugut untuk memukulnya sehingga mati dalam kejadian di sini, 17 April lalu.
Malah, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut berhasrat untuk menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap, Haris Bidi, 38.
Haris bagaimanapun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut Emmy Zuliawaty Mohamad, 31.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi di Kampung Kok Pasir, Jalan Pengkalan Chepa itu, tertuduh didakwa membaling cawan air dan ugut untuk memukul mangsa sehingga mati. Selain itu, dia juga gagal mengemukakan kad pengenalan ketika pemeriksaan.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah pada kedua-dua tuduhan itu.
Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Misbah yang mengendalikan kes menawar jaminan RM4,000 terhadap tertuduh.
Dia melalui peguam bela, Nor Hamizah Abdul Hamid, memohon jaminan itu dikurangkan berikutan Emmy Zuliawaty, seorang kakitangan awam itu sendiri akan menjamin Haris yang tidak bekerja.
“Saya mohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana Emmy Zuliawaty terpaksa menanggung perbelanjaan tiga anaknya, ditambah pula dengan perselisihan faham yang hanya berlaku ketika itu saja,” katanya.
Susulan itu, Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly membenarkan ikat jamin RM3,000 sementara Nor Hamizah diarah mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan sama ada untuk terus mendakwa tertuduh atau tidak.
Kes disambung 27 Mei depan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan