5 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU- Seorang lelaki berusia 30-an cedera di kepala akibat dilibas dengan golok ketika cuba memecah masuk rumah jirannya dalam satu kejadian di Kampung Serdang, Dungun, awal pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 pagi apabila adik kepada pemilik rumah terbabit tersedar daripada tidur dan ternampak bayangan seseorang yang cuba menceroboh masuk rumah mereka.
“Tuan rumah berusia 21 tahun itu bersama adiknya, 16, secara senyap-senyap keluar dari rumah dan terserempak dengan seorang lelaki dikenali, sedang merayau-rayau di kawasan rumah mereka.
“Terkejut bila tahu kehadirannya disedari, suspek terus melarikan diri, namun dua beradik itu mengejar suspek dan berlaku pergelutan di antara mereka bertiga,” katanya, semalam.
Menurut Manoharan, semasa pergelutan itu, suspek cuba mengacukan senapang angin yang dibawanya kepada tuan rumah kononnya sebagai ugutan bagi menyelamatkan diri.
“Namun, tuan rumah tidak berputus asa, dalam diam-diam, dia mencapai sebilah golok yang diletakkan berhampiran pintu rumahnya lalu cuba mengacukan kepada suspek dengan niat untuk menakutkannya.
“Bagaimanapun, suspek cuba melawan dan semasa pergelutan itulah, suspek terkena libasan golok oleh tuan rumah,” katanya.
Menurutnya, suspek yang turut mengalami kecederaan di bahagian bahu dan belakang badan diikat oleh tuan rumah lalu diserahkan kepada polis bersama senapang angin milik suspek.
Suspek kini ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1960.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan