5 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
REMBAU – Akibat gagal mendapat wang, seorang lelaki bertindak membakar kereta milik mangsa dalam kejadian di Kampung Tanah Datar, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, lelaki terbabit yang berpakaian gelap serta bertopi keledar dilengkapi visor datang ke rumah didiami mangsa, Zulkifli Bidin, 42.
Ketika kejadian, isteri mangsa, Noor Hadieza Ngah Jais, 21, yang sarat mengandung lapan bulan terdengar bunyi sesuatu di luar rumahnya, sebelum mengejutkan suaminya yang sedang tidur.
Zulkifli berkata, selepas terjaga, dia bergegas menjenguk ke luar rumah melalui tingkap dan ternampak lelaki berkenaan berada di luar rumah.
“Lelaki itu tersedar kelibat saya dan terus berkata 'aku nak duit, kalau tak bagi duit aku bakar kereta’. Saya cemas dan tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya.
Menurutnya, untuk mengelakkan kejadian lebih buruk, dia kemudian masuk ke dalam bilik untuk mengambil wang selepas dipersetujui isterinya.
Bagaimanapun, sebaik saja dia masuk ke bilik, dia ternampak kereta jenis Perodua Kancil miliknya yang diletakkan di luar rumah sudah mula terbakar di bahagian enjin depan.
“Masa itu, saya dan isteri serta tiga anak berusia antara lima hingga sembilan tahun betul-betul berada dalam keadaan menakutkan, walaupun sedar kemungkinan risiko kereta berkenaan meletup.
“Lelaki itu masih berada di luar rumah menyebabkan saya terus membuat panggilan polis. Kami beranak hanya berdoa sementara menunggu polis tiba,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya, semalam.
Zulkifli yang juga seorang peniaga berkata, polis tiba sejurus selepas itu, namun lelaki terbabit dikesan sudah menghilang diri.
“Polis cuba membantu memadam kebakaran, bagaimanapun usaha berkenaan tidak berhasil sebelum bomba tiba selepas itu,” katanya.
Sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Abdul Halim Abdul Malek bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
“Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh 10 minit. Bagaimanapun, kereta itu sudah 50 peratus hangus di bahagian enjin,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan
Md Dom mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, polis masih menyiasat kejadian berkenaan termasuk motif lelaki berkenaan berbuat demikian.
Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan premis perniagaan mangsa yang dikenali sebagai 'Zol Tolo' turut disamun lelaki bertopi keledar, kira-kira 4.40 petang pada 26 Oktober lalu.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan