5 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LANGAT: Perbuatan menyimbah cat billboard dan banner para pemimpin dan wakil rakyat kerajaan negeri Selangor dikecam pimpinan Pakatan Rakyat Kuala Langat.
MP Kuala Langat Abdullah Sani berkata, pemimpin Pakatan Rakyat Kuala Langat mengecam tindakan menyimbah cat pada billboard dan banner program Kerajaan Selangor dan menyifatkan perbuatan itu sebagai tindakan bacul saat menjelang pilihanraya.
(Antara banner yang disimbah cat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab)
“Perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini jelas menunjukan sikap tidak bermoral kerana menyimbah cat ke billboard dan banner program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor,” kata Abdullah.
Tambahnya lagi, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dalam menghadapi provokasi sebegini dan beliau percaya rakyat sedang memerhati dan boleh menilai dengan bijak.
“Situasi ini jelas menunjukkan kebaculan pihak tertentu sebelum bertarung di gelanggang sebenar lebih-lebih lagi menjelang
pilihanraya. Papan iklan disimbah cat kemudian diletakkan longgokan sampah dibawahnya," ujarnya.
Sementara itu, ADUN Telok Datuk, Philip Tan Choon Swee pula terkejut apabila dihubungi orang awam berhubung kejadian ini dan beliau terus memaklumkan perkara ini kepada MDKL.
Kata Datuk Philip, bilboard disana diletakkan hampir setengah tahun lalu sehingga sekarang.
"Kita tidak tahu siapa buat dan ini merupakan cara yang tidak baik. Saya terkejut dan kesal apabila dimaklumkan perkara ini,” katanya.
Beliau menambah, Pakatan Rakyat telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat semalam.
Ahli Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Abdul Rahman Amir menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tindakan tidak bermoral dan pengecut.
“Kalau mereka nak tunjuk belang dan hebat, bersemuka adalah lebih baik, bukan bertindak begini. Kemungkinan perbuatan kotor begini dijalankan pada waktu malam,” jelas Rahman.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat tersebut berasaskan pemikiran politik sempit namun beliau tidak mengesyaki mana-mana pihak.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut dan berharap ianya tidak berulang kembali kerana ia menjejaskan imej awam selain melibatkan penggunaan dana rakyat,” ujar Rahman.
Tinjauan wartawan Harakahdaily di sekitar jalan utama menghala ke Banting mendapati, beberapa papan iklan disimbah cat bewarna merah dan kuning terutamanya pada gambar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, MP Kuala Langat Abdullah Sani dan ADUN Telok Datok, Philip Tan Choon Swee.
Selain itu, terdapat kawasan lain juga menjadi sasaran ialah di persimpangan Morib, berhampiran lampu isyarat sekitar Jenjarum, persimpangan Sungai Manggis dan kawasan hadapan bangunan Majlis Daerah Kuala Langat.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan