18 Mei 2012

Brendan ganti Dalglish?

26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BRENDAN Rodgers menjadi calon pilihan menggantikan Kenny Dalglish yang dipecat, kelmarin.

Turut di senarai ialah bekas pengurus Chelsea, Andre Villas Boas, Alan Pardew (Newcastle United) dan Roberto Martinez (Wigan).

Malah, ada desakan meminta Rafael Benitez dibawa semula ke Anfield.

Rodgers, 39, dilihat calon sesuai mengembalikan kegemilangan The Reds selepas kejayaannya membawa Swansea City menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-11 musim ini.

Ini merupakan musim pertama Swansea di EPL selepas dinaikkan pangkat daripada Divisyen 1, tahun lalu.

Dalam pada itu pemilik Wigan, Dave Whelan ternyata kurang senang selepas Martinez dikaitkan sebagai pengganti Dalglish.

Dalam reaksi segeranya, beliau mengesahkan tiada mana-mana kelab menghubungi Martinez termasuklah Liverpool.

“Saya mahu melihat dia (Martinez) di kelab ini musim depan,” katanya.

Sementara itu, Dalglish tidak mampu menyembunyikan kesedihannya selain mengakui belum bersedia meninggalkan Anfield.

“Pemilik sudah membuat keputusan dan saya perlu menghormatinya,” katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: