26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
IPOH - Perkarangan Mahkamah Majistret kecoh seketika apabila beberapa wanita dan lelaki memaki hamun seorang wanita yang terbabit dalam kes penipuan sekitar negeri ini, kelmarin.
Tertuduh, K Jayaletchumi, 35, dari Buntong mengaku bersalah di atas 17 pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Jayaletchumi dikenakan hukuman penjara 10 tahun empat bulan oleh Mahkamah Majistret atas 10 tuduhan menipu beberapa mangsa membabitkan wang tunai bernilai RM96,900 dan barang kemas untuk tujuan pelaburan emas, mendapatkan pekerjaan dan upacara sembahyang.
Majistret Rabiatul Adawiyyah Che Khalid memerintahkan tertuduh di penjara antara setahun hingga dua tahun bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya.
Beliau memerintahkan hukuman tersebut berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 4 Mei lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Rabiatul Adawiyah turut memerintahkan Jayaletchumi didenda berjumlah RM89,500 atau penjara 67 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Sebelum itu, tertuduh turut dihukum penjara antara setahun hingga tiga tahun oleh sebuah lagi Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan jenayah sama bernilai RM15,750.
Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed turut memerintahkan hukuman penjara tersebut berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap 4 Mei lalu.
Mengikut kesemua pertuduhan, Jayaletchumi didakwa telah menipu kesemua mangsanya sebanyak RM1,000 hingga RM20,000 di antara Mac 2008 hingga 5 Disember tahun lalu di beberapa lokasi di sekitar negeri ini termasuk di Food Court Taman Mas di sini.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan