26 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
CHEMOR - Seorang kerani mendakwa bukan sahaja dikurung malah dikasari majikannya yang berang dengan tindakannya yang mahu melaporkan penindasan kepada Pejabat Tenaga Kerja Negeri, kelmarin.
Mangsa, Azizah Abd Hamid, 42, yang dikurung selama 30 minit itu kemudiannya berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke jalan utama dan meminta bantuan orang ramai untuk menghantarnya ke balai polis.
Menceritakan detik itu, katanya, dia dipaksa menandatangani sekeping dokumen bagi menghalangnya membuat tuntutan dengan Pejabat Tenaga Kerja Negeri selepas diberhentikan tanpa sebarang pampasan.
“Saya bekerja sejak tujuh tahun lalu di syarikat itu terpaksa meminta cuti tanpa gaji bagi membolehkan saya menjaga anak sulung yang ketika itu kritikal selepas kemalangan.
“Selepas anak saya pulih, saya kembali semula ke syarikat itu untuk memulakan tugas tetapi, diarahkan berhenti kerja,” katanya, di sini, semalam.
Menurutnya, akibat tidak berpuas hati dengan tindakan majikannya yang berusia 60-an itu, dia nekad memberitahu akan membuat aduan dengan membawa dokumen yang disimpannya sebelum ini.
“Ketika itulah majikan saya naik angin dan mengurung saya dalam sebuah bilik. Saya turut ditengking dan dimarahi tanpa belas kasihan.
“Ketika cuba larikan diri, tangan saya direntap dan turut dikejar majikan menyebabkan saya meminta bantuan orang ramai,” katanya.
Azizah turut menerima rawatan akibat kecederaan di tangannya dan kemudian membuat aduan di Pejabat Tenaga Kerja Negeri untuk pembelaaan selain turut membuat laporan polis.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan