05 Jun 2012

Euro 2012: Del Bosque risau aksi lembab Sepanyol

15 Rejab 1433H. [MOD] -

JUARA dunia dan Eropah, Sepanyol kini berdepan masalah kritikal dalam persiapan menghadapi perlawanan pertama Euro 2012 menentang Itali Ahad ini.

Meskipun berjaya menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan ketiga awal pagi semalam, pengendalinya, Vicente del Bosque ternyata risau dengan prestasi skuad La Roja itu apabila terpaksa mengambil masa selama 84 minit untuk menjaringkan gol kemenangan.

“Peluang sudah terbuka di depan mata, namun pemain sangat lembab. Kami bermain terlalu perlahan berbanding biasa terutama apabila berdepan dengan saingan kuat seperti China.

“Mereka (China) bukan sahaja mampu bertahan, malah mereka turut melakukan beberapa cubaan ke arah gol. Kami bernasib baik kerana mampu bermain dengan lebih teratur pada separuh masa kedua,” katanya.

Mengubah strategi dengan memasukkan empat pemain simpanan, Fernando Torres, Andres Iniesta, Victor Valdes dan Jesus Navas selepas enam pertukaran, Bosque mengakui berpuas hati dengan aksi bintangnya terutama Gerard Pique, Xavi Hernandez dan Sergio Busquets.

Sinar Harian

Tiada ulasan: