05 Jun 2012

Selangor beli 50 lori pemampat sampah baru

15 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor yakin masalah kutipan sampah di negeri itu akan selesai dalam masa terdekat selepas kerajaan negeri akan membeli 50 buah lori pemampat baru untuk mengangkut sampah.

Untuk peringkat awal, semalam 15 buah lori tersebut telah diserahkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada beberapa daerah di negeri ini.

Ianya dibeli oleh syarikat milik Kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Bhd kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Lori-lori tersebut akan disewa oleh kontraktor bagi mengantikan lori-lori lama yang kerap rosak dengan harga sewa yang berpatutan.

Ianya juga bakal meringankan beban kontraktor yang tidak mampu membeli lori baru bagi menggantikan lori rosak kerana harga yang mahal iaitu sekitar RM350,000 ke atas untuk sebuah.

“Mereka ini terpaksa menyewa kompaktor yang telah lama, selalu rosak dan akhirnya menganggu prestasi kerja kontraktor.

“Jadi selepas ini mereka boleh menyewa dari kerajaan negeri dengan harga yang lebih berpatutan,” kata Abdul Khalid.

Beliau berharap kualiti perkhidmatan syarikat-syarikat kontraktor terlibat akan ditingkatkan dengan adanya lori-lori ini.

Kesemua kenderaan tersebut akan selesai diedarkan selewat-lewatnya pada September nanti.

Harakah Daily

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dah ade lori baru, harap pekerja-pekerja yang bekerja mengutip sampah dapat dibekalkan dengan uniform yang lebih baik seperti luar negara, kesian kat pekerja-pekerja kita yang memakai t-shirt tanpa pakaian khas, kekadang tengok sarung tangan pun agaknya beli sendiri, semoga kerajaan pakatan rakyat menjadi negeri contoh menjaga kebersihan negeri masing-masing, harap pihak kerajaan prihatin dengan uniform bagi pekerja-pekerja yang mengutip sampah ni, kerja mulia, tapi kesian tgk mereka melekat kotoran dan bau-bauan sampah kat badan, kalau ada pakaian khas bagi pekerja tersebut nampaklah elok ckit, harap negeri pakatan menjadi contoh dalam perkara ini, dan menjadi galakan kepada pekerja-pekerja yang bekerja mengutip sampah untuk bekerja dengan ikhlas dan rajin, begitu juga dengan rakyat kita, harap semuanya prihatin dengan masalah sampah di persekitaran masing-masing.

ISLAM ITU BERSIH.