11 Rejab 1433H. [MOD] -
Pasukan keselamatan Palestin membuat persediaan majlis pengebumian jenazah yang diserahkan oleh Israel di Ramallah, hari ini. - Foto ihsan CNN
GAZA – Kerajaan Israel hari ini menyerahkan jenazah 91 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan, melibatkan satu tempoh lebih empat dekad lalu, ke atas rejim Yahudi.
Ia antara lain dipercayai ada kaitan dengan mogok lapar yang diadakan oleh tahanan Palestin.
Jenazah-jenazah yang dikebumikan di beberapa kawasan tanah perkuburan Israel, tiba di Tebing Barat dan Gaza awal hari ini, demikian menurut laporan Pihak Berkuasa, Wafa.
Tujuh puluh sembilan jenazah diserahkan kepada pihak berkuasa Palestin di Ramallah, Tebing Barat pada satu majlis rasmi tentera, yang turut dihadiri Presiden Mahmoud Abbas.
Baki 12 jenazah pula diserakan kepada keluarga masing-masing di Gaza.
Jenazah yang dipulangkan itu termasuklah tujuh rakyat Palestin yang terlibat dalam serangan ke atas hotel The Savoy di Tel Aviv pada 1975.
Beberapa keluarga menuntut ujian DNA bagi memastikan kesahihan identiti anggota keluarga yang dikatakan telah meninggal dunia.
Jurucakap kerajaan Israel, Mark Regev berkata, langkah memulangkan jenazah-jenazah itu sebahagian daripada proses membina keyakinan bagi membolehkan proses perundingan damai kembali dihidupkan.
“Israel bersedia untuk memulihkan perundingan dengan segera tanpa sebarang syarat,” katanya dalam satu kenyataan.
harian metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan