11 Rejab 1433H. [MOD] -
PEMAIN Chelsea, John Terry dilarang turun tiga perlawanan ekoran kesalahan menerima kad merah ketika persaingan separuh akhir kejohanan Liga Juara-juara baru-baru ini.
Uefa mengesahkan kapten Chelsea itu akan kehilangan peluang bermain dalam dua perlawanan lagi akan datang, membabitkan Chelsea, selepas dilayangkan kad merah ketika bertemu Barcelona dalam pusingan kedua separuh akhir.
Pemain pertahanan itu tidak beraksi ketika Chelsea bertemu Bayern Munich dalam final bulan lalu selepas menjalani hukuman mandaori satu pertemuan.
Bagaimanapun, panel disiplin Uefa menambah hukuman digantung dua lagi perlawanan selepas mendapati Terry bersalah atas tindakannya yang disifatkan ganas ke atas pemain Barcelona, Alexis Sanchez pada pertemuan 24 April lalu.
Dengan keputusan itu, Terry tidak boleh bermain semasa pertemuan Super Cup antara Chelsea dan Atletico Madrid pada Ogos ini dan juga perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Jura-juara September ini.
Terry dan Chelsea diberi tiga hari untuk membuat rayuan ataupun sebaliknya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan