11 Rejab 1433H. [MOD] -
JUARA bertahan Sepanyol, dilihat sebagai calon popular mengungguli saingan Kumpulan C pada Kejohanan Euro 2012 di Poland dan Ukraine.
Diundi bersama Republik Ireland, Crotia dan juara edisi 1968 Itali bukan masalah besar buat anak buah Vicente del Bosque melangkah ke pusingan kedua.
Dibarisi majoriti pemain Real Madrid dan Barcelona, Skuad La Furia Roja lengkap di segenap posisi malah status selaku pasukan di ranking nombor satu dunia pasti menggerunkan lawan.
Corak permainan tiki-taka yang diterapkan del Bosque menjadi senjata ampuh merobek gawang lawan dalam usaha memburu kemenangan.
Bagaimanapun untuk edisi kali ini, penjaring terbanyak buat Sepanyol iaitu David Villa (51 gol) terpaksa diketepikan berikutan masalah kecederaan dihadapinya.
Namun, del Bosque mempunyai pilihan lain di bahagian serangan umpamanya peledak berbahaya Valencia, Roberto Soldado dan Fernando Torres (Chelsea) yang kembali menemui sentuhannya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan