11 Rejab 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR: Alor Setar mula dilimpahi rakyat berpakaian hijau terutamanya di masjid sekitar beberapa kilometer dari stadium tempat berlangsungnya Himpunan Hijau Menuju Putrajaya malam ini.
Banyak masjid dipenuhi orang ramai sejak pukul 12.30 tengah hari tadi untuk menunaikan solat fardhu Jumaat sambil menanti waktu untuk mendengar penceramah agama yang tidak asing lagi, Ustaz Azhar Idrus yang akan mengadakan kuliah pukul 4.00 petang nanti.
Pagi tadi pemimpin PAS pusat mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin berbagai peringkat sebagai amanat terakhir menjelang pilihanraya umum ke 13 bertempat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.
Selepas Jumaat sebentar tadi boleh dikatakan semua peserta mula menumpukan ke arah stadium kerana khuatir ketiadaan tempat parking ekoran kemasukan orang ramai di luar jangkaan
Di Masjid Zahir, orang ramai yang berbaju hijau melimpah ke luar masjid dan terpaksa solat Jumaat di tengah panas.
Masjid Zahir yang merupakan masjid negeri bagi negeri ini adalah antara masjid yang terdekat dengan Stadium Darul Aman.
Khatib hari ini berkhutbah tentang kepentingan berjamaah khasnya solat jamaah di masjid.
Harakah Daily
1 ulasan:
Tolong upload gambar2 peserta2 ke Himpunan Hijau di sekitar Alor Setar untuk tuntonan ahli2 yang tak berkesempatan turut sama seluruh Malaysia. Dengan gambar2 tersebut nanti akan menambahkan lagi semangat juang kami ahli2 PAS seluruh negara dan akan menambahkan lagi kecut perut puak2 UMNO. Sila ya. Salam.TAKBIR!!
Catat Ulasan