01 Jun 2012

Kapsul Dragon mendarat di Lautan Pasifik

11 Rejab 1433H. [MOD] -

WASHINGTON 1 Jun - Kapsul kargo kapal angkasa milik SpaceX, Dragon mendarat di Lautan Pasifik semalam, selepas mengadakan misi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

``Dragon kini berada dalam air,’’ kata NASA selepas syarikat Amerika Syarikat itu memaklumkan kepada mereka mengenai pendaratan yang berlaku pukul 11.42 pagi waktu tempatan.

Ia sepatutnya akan mendarat di Baja, California dan lokasi sebenar pendaratan itu akan dimaklumkan kemudian. - AFP

Tiada ulasan: