11 Rejab 1433H. [MOD] -
SELEPAS disisihkan Februari lalu, Fernando Torres kembali disenaraikan dalam skuad kebangsaan Sepanyol pada aksi pemanas badan menentang Korea Selatan menjelang Euro 2012, awal pagi semalam.
Pada perlawanan itu, Torres meledak satu gol ketika Skuad La Furia Roja membelasah Korea 4-1.
Jaringan tersebut juga membolehkan Torres muncul selaku penjaring keempat terbanyak negaranya dan dilihat sebagai pilihan buat Vicente del Bosque untuk disenaraikan ke Poland dan Ukraine nanti.
"Selepas disisihkan, saya cuba menilai semula kemampuan dan kelemahan yang perlu diperbaiki.
"Apa pun, saya bertekad untuk membalas kepercayaan jurulatih dan membantu Sepanyol mempertahankan kejuaraan," katanya.
Torres yang membantu Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara buat kali pertama 19 Mei lalu berpeluang disenaraikan ke Ukraine andai mempamerkan permainan berkualiti pada perlawanan pemanas badan terakhir Sepanyol menentang China, 4 Jun ini.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan