01 Jun 2012

'Lynas Busters' JB mula kayuhan ke Kuantan

11 Rejab 1433H. [MOD] -

Kumpulan berbasikal dari Johor Baru memulakan perjalanan tiga hari pagi semalam - berkayuh dari bandar di selatan Semenanjung itu menuju ke Kuantan bagi menyokong kempen anti-Lynas.

Dengan menggelar diri mereka sebagai 'Lynas Busters', kumpulan
kira-kira 15 penunggang basikal itu berlepas pada kira-kira jam 6.30 pagi dan dijadualkan tiba di Teluk Chempedak di Kuantan, Pahang, sekitar jam 10.30 pagi 3 Jun.

Menurut pengerusi kumpulan anti-Lynas Himpunan Hijau, Wong Tack kumpulan berbasikal itu terdiri daripada individu dari Johor Yellow Flame, Millipede Bikers Team dan Footprint Bicycle Team.

Setibanya di Kuantan, mereka akan menyerahkan senarai tandatangan
penduduk Johor Bahru yang membantah Loji Lynas di Gebeng, Kuantan, kepada Himpunan Hijau - salah sebuah kumpulan yang menerajui kempen menentangn loji penapisan nadir bumi itu.

Dalam satu kenyataan, Wong berterima kasih kepada kumpulan penunggang basikal tersebut dan menyeru semua penyokong anti-Lynas supaya terus menyokong Himpunan Hijau membantah loji sisa radioaktif tersebut.

"Himpunan Hijau amat teruja menunggu ketibaan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Lynas Busters itu," katanya.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: