11 Rejab 1433H. [MOD] -
ALOR SETAR: Pemuda PAS telah menubuhkan unit khas yang dinamakan Majlis Usrah Karyawan dan Artis (Mustika) bagi mendekati golongan itu.
Demikian kata ketuanya, Nasrudin Hassan dalam ucapan di majlis taklimat khas sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Dewan Datuk Fadzil Nor, Kompleks PAS Kedah dekat sini hari ini.
Usaha untuk mendekati golongan karyawan dan artis ini adalah sebahagian dari usaha Pemuda PAS menjejak tokoh masyarakat.
Mereka semua, katanya, akan dijadikan model untuk anak muda bagi membangkitkan golongan anak muda untuk ke Putrajaya.
"Epresi hijau anak muda akan dijadikan gelombang yang akan dihantar ke seluruh negara selepas ini," kata beliau.
Harakah Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan