28 Jun 2012

Pekerja amuk tetak majikan

8 Syaaban 1433H. [MOD] -

MANJUNG: Seorang pemilik restoran di Taman Sentosa, Ayer Tawar di sini, hampir putus tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh pekerjanya sendiri tiba-tiba mengamuk selepas berselisih faham dengan majikannya itu, petang semalam.

Kejadian ngeri itu mengakibatkan mangsa yang berusia 40-an terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menyambung semula tangannya yang putus.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa, (gambar) berkata kejadian pergaduhan itu berlaku jam 1.15 tengah hari di restoran.

Menurutnya, mangsa dikatakan bertengkar dengan suspek yang berusia 39 tahun tahun sebelum lelaki itu mencapai parang dan menetak mangsa.

“Majikan berkenaan gagal mengelak menyebabkan tangan kirinya terkena tetakan hingga hampir putus. Malah serangan suspek itu menyebabkan tulang tangan mangsa patah.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menghubungi Balai Polis Ayer Tawar di sini,” katanya.

Menurutnya, anggota polis menahan lelaki warga tempatan itu serta merampas sebilah parang yang digunakan untuk menyerang mangsa.

metro/-

Tiada ulasan: