25 Julai 2012

Berdakwah dan nilai yang betul

5 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Ramadhan Kareem! Sahabat semua ....

1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

2. Justeru itu , saya harap sangat-sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk: PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa? baru-baru ini.

3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch u...p' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa-masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.

4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru-baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]

5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati-hati. Dengan ini, saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: