25 Julai 2012

Jepun Larang AS Lakukan Penerbangan Sehingga Osprey Disahkan Selamat

5 Ramadhan 1433H. [MOD] -

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda berkata pihaknya tidak akan membenarkan sebarang penerbangan pesawat pengangkutan tentera Amerika Syarikat (AS) dilakukan di negara itu sehingga aspek keselamatan disahkan.

Beliau berkata demikian kepada Parlimen Jepun susulan kejadian dua pesawat terhempas di Jepun baru-baru ini.

Yoshihiko berkata, sebarang penerbangan tidak dibenarkan sehingga siasatan pesawat terhempas pada April dan Jun lalu selesai serta pentadbirannya berpuas hati pesawat terbabit tidak mempunyai masalah keselamatan.

Penghantaran pesawat MV-22 Osprey ke pangkalan AS di pulau Okinawa mencetuskan isu politik kepada Jepun selepas ditekan pihak pembangkang negara itu.

Kini, Okinawa menempatkan kira-kira 50,000 tentera AS di negara itu dan 12 pesawat Osprey pertama tiba di Jepun Isnin (waktu tempatan). - AP

Tiada ulasan: