8 Muharram 1433H. [MOD] -
GAYA BERBEZA...riak wajah Khairul Fahmi ketika sidang media mengumumkan perkahwinannya dengan Leuniey (kanan), semalam.
PETALING JAYA: Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan,
Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri,
21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema
berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun
depan.
Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai
Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan,
setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk
majlis perkahwinan yang dirancang.
Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan
diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak
Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.
Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.

“Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris,” kata Apek.
metro/-
1 ulasan:
Bakal mak mertua Apek lagi lawa drp bakal isterinya...hehe
Catat Ulasan