8 Muharram 1433H. [MOD] -
IPOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak akan mengadakan pertemuan dengan semua mangsa saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu negeri itu, Salman Saleh berkata, pertemuan tersebut akan turut dihadiri oleh Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Dato’ Mahfuz Omar dan akan diadakan di Pejabat PAS Perak, Ipoh pada Ahad ini jam 10.30 pagi.
Menurutnya, barisan peguam PAS akan memberikan taklimat kepada mangsa saman sistem tersebut yang bercadang untuk tidak akan membayar kompaun dan ingin mendapat pembelaan di mahkamah.
Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Perak menjelaskan, setakat ini lebih 50 mangsa saman AES telah menyatakan kesediaan untuk lawan di mahkamah dan kesemuanya adalah mangsa saman di Perak.
“Kami mempelawa mana-mana mangsa saman AES yang ingin mendapatkan khidmat bantuan guaman percuma untuk hadir dengan membawa saman AES tersebut pada hari tersebut.
“Kami bersedia membantu mangsa saman ini demi untuk melindungi hak mereka di Mahkamah yang dizalimi ini,” jelas beliau
Harakahdaily./-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan