22 November 2012

Zoo Melaka bakal diswastakan

Zoo Melaka bakal diswastakan8 Muharram 1433H. [MOD] -

Zoo Melaka akan diswastakan sebaik menerima kelulusan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
 
AYER KEROH - Tiga syarikat swasta iaitu Melaka Wildlife, Koperasi Bela Masyarakat dan Koperasi Hang Tuah Jaya bakal mengambil alih pengurusan Zoo Melaka sebaik ia diserahkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kepada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu surat kelulu-san rasmi daripada kementerian berkenaan sebelum kesemua kakitangan Zoo Melaka ditawarkan sebagai kakitangan kontrak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

“Kakitangan terbabit akan terus menjalankan kerja-kerja di zoo tetapi mereka bukan bekerja di bawah Zoo Melaka tetapi di bawah MPHTJ supaya mereka mempunyai kerjaya yang lebih terjamin.

"Setakat ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri namun masih menunggu surat rasmi daripada Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri, dekat sini semalam.

Menurut Mohd Ali, Kerajaan Negeri yakin dapat melakukan perubahan besar yang lebih baik terhadap zoo berkenaan yang kini dianggap sebagai zoo terbesar di negara ini.

“Kita pun sudah bersedia untuk mengambil-alih Zoo Melaka dan kita akan namakannya sebagai Melaka Zoo and Night Safari.

“Kita yakin akan buat jauh lebih baik ikut cara zoo di Singapura sehingga terkenal di dunia dan nombor satu sekarang, sama seperti kita berjaya merubah Sungai Melaka sehingga ia mampu mengatasi Singapura,” katanya.

sinar/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tempat yang meyimpan sejarah dan nostalgia satu persatu diswastakan..Dengar kabarnya Tanjung Tuan bird sanctuari pun menerima nasib yang sama..Batu Berendam Fisheries Research Center satu-satunya Pusat Penyelidikan di Nusantara yang menjalankan penyelidikan Perikanan Air Tawar diwujudkan pada zaman Pemerintahan British, telah menerima nasib malang bila kolam-kolam penyelidikan di kambus untuk dijadikan runaway International Airport.... dengar kabarnya BBIA sekarang ni sesibuk Sendai Airport. Bimbang satu ketika nanti Zoo Melaka akan bertukar wajah kepada Animal Hotel...