8 Muharram 1433H. [MOD] -
IPOH: Sekretariat Jejak yang mengendalikan 'Ops Jejak'
terhadap bekas buruh paksa dan waris pembinaan landasan maut
Thailand-Burma semasa Perang Dunia Kedua mendakwa ada mangsa dan waris
diarah 'tutup mulut'.
Ketua operasi Ops Jejak, Safarizal Saleh berkata, maklumat yang diperolehi mereka mengatakan terdapat usaha dari pihak tertentu yang mengarahkan mangsa dan waris mereka tidak menceritakan hal sebenar kepada Sekretariat Jejak.
"Kita mendapat maklumat, mereka (bekas buruh dan waris) telah dihubungi oleh pihak tertetntu agar tutup mulut berhubung isu ini.
"Ini menimbulkan sedikit masalah kepada kita. Namun kita sudah merancang beberapa tindakan untuk terus membongkar skandal ini," katanya yang dihubungi Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Ops Jejak yang dilancar 7 November lalu itu.
Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.
(Gambar: Landasan maut Thailand-Burma sepanjang 415 km semasa pembinaan)
Ini kerana, sehingga kini dakwanya, bekas buruh dan waris mereka tidak mendapat sesen pun dari wang pampasan yang diberikan kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia itu.
Nizar berkata seramai 72,000 penduduk Tanah Melayu pada ketika itu dikerah menjadi buruh paksa membina landasan itu dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dikesan.
Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946.
Mengikut pecahan, jumlah 30,000 buruh ini mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.
Nizar berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.
Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.
Waris dan bekas buruh berkenaan boleh menghubungi Sekreteriat Jejak melalui talian 019-231 6539 dan 013-3266194.
Mangsa masih hidup
Mengulas lanjut, Safarizal berkata, carian mereka mendapati masih ada bekas buruh landasan maut itu yang masih hidup dan dapat dijejak.
Salah seorang dari mereka kini menetap di Johor dengan umur hampir 100 tahun manakala tiga lagi di kesan eberada di Ipoh.
"Sejak kita lancarkan Ops Jejak ini, kita terima panggilan tidak putus-putus dari waris mangsa.
"Hampir 200 keluarga telah menghubungi dan mendaftar dengan kita setakat ini," katanya.
Sebelum ini pihaknya memaklumkan mempunyai rekod seramai123 waris keluarga buruh berkenaan di Perak dan 347 waris di Pahang.

harakah/-
1 ulasan:
kerajaan umno bn haram jadah telah songlap duit mereka dan berikan kepada anak cucu mereka jadi kaya raya cuba tanya semua PM malaysia dan bank negara.
Catat Ulasan