KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dicabar membenarkan
dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham- yang terlibat
menyiasat isu skandal kapal selam Scorpene- masuk ke negara ini.
NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan berkata, sehingga hari ini masih belum ada sebarang kata putus dari pihak Kerajaan Malaysia membenarkan atau tidak kemasukkan peguam Perancis itu untuk memberi taklimat mengenai skandal Scorpene di sini.
"SAMM dengan ini mencabar kerajaan Malaysia supaya berani atas nama kebenaran untuk memberi laluan kepada peguam Perancis ini masuk ke Malaysia.
"Kerajaan perlu berani dan jangan jadi penakut walaupun untuk katakan 'tidak boleh', " kata pengarah propagandanya Edy Noor Reduan.
William Bourdon dan Joseph Breham sebelum ini didakwa pernah memasuki Malaysia namun diarah keluar pada pada 22 Julai tahun lalu.
Kedua-duanya dijangka hadir sekali lagi ke Parlimen minggu ini bagi memberi taklimat berhubung perkembangan isu Scorpenen ini.
Bagaimanapun sehingga kini mereka belum mendapat sebarang maklum balas dari kerajaan berhubung kebenaran untuk memasuki negara ini dan sesi taklimat tersebut ditangguh ke minggu depan.

harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan