24 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
|
DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar Al-Assad berikrar sanggup mati di
Syria dan tidak akan melarikan diri ketika konflik di negaranya memasuki
bulan ke-19.
Beliau membuat kenyataan itu pada satu wawancara dengan stesen televisyen Russia Today TV yang disiarkan semalam.
Wawancara itu disiarkan dua hari selepas Perdana Menteri Britain,
David Cameron mencadangkan supaya Bashar diberi laluan selamat untuk
keluar dari negara ini jika cara itu boleh menamatkan perang saudara
yang sudah meragut hampir 36,000 nyawa.
"Saya bukan boneka, saya bukan diarah oleh Barat untuk ke negara Barat atau mana-mana negara lain," kata Bashar.
Beliau turut memberi amaran terhadap sebarang campur tangan tentera asing.
"Saya tidak fikir Barat sedang menuju ke arah ini, namun, jika ia
berlaku tiada siapa boleh meramalkan apakah akibatnya," kata Bashar.
Lokasi wawancara itu masih tidak diketahui.
Pertempuran antara tentera Bashar dengan para penentang di Syria bermula sejak Mac tahun lalu.
Para penentang menuntut supaya Bashar meletakkan jawatan ekoran
kegagalannya untuk membawa pembaharuan pentadbiran dan kebebasan
bersuara. - Agensi
1 ulasan:
Tuan,
Bashar tu Jahat... :'(
Catat Ulasan