12 Muharram 1433H. [MOD] -
LONDON - Sebuah kereta sport Ferrari 599 GTB Fiorano yang pernah
dimiliki bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo ditawarkan
untuk dijual pada harga £40,000 (RM196,155), lapor akhbar MailOnline
kelmarin.
Ronaldo, 27, membeli kereta itu dengan harga £200,000 (RM980,775) pada tahun 2008.
Nilainya jatuh merudum kerana bahagian hadapan kereta itu remuk
selepas ia merempuh dinding sebuah terowong pada 9 Januari 2009 dekat
Lapangan Terbang Manchester di Manchester.
Ronaldo hilang kawalan semasa dia memandu kereta itu semasa dalam
perjalanan untuk berlatih dengan rakan-rakan pasukan kelab Manchester
United.
Keretanya merempuh penghadang jalan sebelum melanggar dinding terowong itu.
Kereta sport berwarna merah itu kini disimpan di pekarangan sebuah syarikat pengedar kereta di Duppigheim, Perancis.
Kereta itu menggunakan enjin V12 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 330 kilometer sejam. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan