PARAH...Tarmizi menunjukkan luka Mahana yang menerima empat jahitan di bibir dan bengkak seluruh muka.
KUALA TERENGGANU: Angkara seekor ibu beruk yang berang kerana
menyangka seorang wanita cuba merempuhnya dengan motosikal, haiwan
berkenaan naik angin dengan menyerang mangsa sehingga menyebabkan wanita
itu cedera di muka selepas motosikalnya terbabas ketika cuba mengelak
terkaman beruk berkenaan.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, Mahana Latif, 27, dalam
perjalanan dari rumahnya di Kampung Sungai Ikan, di sini, ke Kampung
Gemuroh, untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbitnya.
Namun lima minit selepas keluar dari rumahnya, muncul beruk
sambil menggendong anaknya melintas jalan secara tiba-tiba sebelum
menerkamnya menyebabkan motosikal ditunggang mangsa terbabas sebelum
terjunam ke longkang sedalam dua meter.
Ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Mahana berkata, dia menerima empat jahitan di bibir dan lebam di muka akibat tersembam di dalam longkang berkenaan.
Ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Mahana berkata, dia menerima empat jahitan di bibir dan lebam di muka akibat tersembam di dalam longkang berkenaan.
Suri rumah itu berkata, dia tidak mengingati sepenuhnya kejadian itu kerana pengsan ketika terjatuh ke dalam longkang sebelum dibantu penduduk yang kebetulan melalui di jalan berkenaan.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan