PADANG SERAI – Dalam keadaan banyak pasangan remaja terus leka
bercinta, Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dan Nur Fazira Saad, 12,
mengambil jalan nekad dan berani untuk berkahwin bagi menguji sejauh
mana kesetiaan mereka menghadapi cabaran hidup bersama.
Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin Padang Cina di
sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November lalu sebelum mengadakan majlis
kenduri yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di rumah pengantin lelaki di
Kampung Naga Lilit di sini semalam.
Menurut Mohd. Fahmi, perkahwinan adalah jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.
“Saya berkahwin awal bagi mengelak timbul perkara buruk. Ini cara
terbaik untuk kami mencegah maksiat,” katanya yang bersyukur keluarga
isterinya memberi keizinan kepada mereka untuk bernikah.
Mohd. Fahmi yakin pendapatannya sebanyak RM1,000 sebulan hasil
bekerja membantu bapanya menguruskan kebun kelapa sawit cukup untuk
menampung kos kehidupan bersama Nur Fazira.
Isterinya itu yang akan mencapai usia 13 tahun pada 24 Disember ini
pula yakin mampu melaksanakan tanggung jawab baharu sebagai isteri.
“Apa yang penting ialah kasih sayang. Pasal anak kami belum fikirkan lagi,” katanya.
Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan