KUALA LUMPUR - Polisi yang membenarkan anggota Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan mereka pada
usia 55 tahun adalah dikekalkan pada masa ini, kata Timbalan Menteri
Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.
Beliau bagaimanapun berkata cadangan daripada banyak pihak untuk menaikkan umur bagi pengeluaran penuh simpanan KWSP adalah selaras dengan pelaksanaan umur persaraan minimum pada usia 60 tahun.
"Ini adalah selepas Akta Umur Persaraan Minimum 2012 diluluskan Dewan Rakyat pada 27 Jun lepas dan dibentangkan di Dewan Negara pada 16 Julai lalu.
"Oleh kerana Skim KWSP adalah suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja, maka adalah wajar pengeluaran caruman selaras dengan umur persaraan 60 tahun.
"Tujuannya adalah untuk memastikan anggota mempunyai lebih banyak simpanan untuk perbelanjaan sara hidup mereka apabila tidak bekerja," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Idris ingin tahu sama ada kerajaan akan melaksanakan peraturan pengeluaran wang KWSP secara keseluruhan pada usia 60 tahun berbanding pada usia persaraan 55 tahun yang dilaksanakan pada masa ini. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan