12 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR – Penduduk di Jalan Burung Garuda, Taman Bukit Maluri,
Kepong di sini meminta pihak berkuasa mengatasi masalah kekurangan
tempat letak kenderaan dan kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan
tersebut.
Mereka mendakwa masalah itu berlaku ekoran orang ramai yang
menggunakan Stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kepong di sini
turut meletak kenderaan di kediaman mereka.
Menurut seorang penduduk, Yap Lee Yun (gambar kecil), 38, mereka
terpaksa meletakkan baldi dan tong sampah bagi menghalang orang luar
meletak kereta di hadapan rumah mereka.
“Masalah itu bermula sejak pembinaan laluan pintasan baharu untuk
memudahkan pengguna keluar dari stesen komuter ke Jalan Burung Garuda.
“Bagaimanapun, pembinaan laluan itu hanya memudahkan pengguna komuter
dan telah menyusahkan penduduk,” katanya di sini baru-baru ini.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan