Teluk Intan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hanya
mampu meraung kesakitan apabila kaki kirinya tersepit di dalam mesin
basuh lama di rumahnya berhampiran Lorong 10A, Kampung Bahagia, di sini,
petang semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Shahrul Mohd Shamil,
dikatakan sedang bermain berhampiran mesin basuh berkenaan tanpa
disedari ibunya.
Ibu mangsa Norizah Midon, 41, berkata, dia tidak menyangka anak
bongsu daripada tujuh beradik itu bertindak naik ke atas mesin basuh
lama itu sebelum menghulurkan kaki kirinya ke dalam mesin berkenaan.
Menurutnya, mesin basuh lama itu rosak dan tidak digunakan lagi sebelum dibuang di belakang rumahnya.
Menurutnya, mesin basuh lama itu rosak dan tidak digunakan lagi sebelum dibuang di belakang rumahnya.
SHAHRUL diberi rawatan oleh pihak Hospital Teluk Intan sebaik dikeluarkan daripada mesin basuh sambil di perhatikan ibunya.
“Ketika itu, saya sedang memasak apabila Shahrul tiba-tiba menjerit kesakitan sambil memberitahu kakinya tersepit di dalam mesin basuh itu.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan