10 April 2013

Sekurang-kurangnya 37 maut gempa bumi di selatan Iran

29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


TEHRAN: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang dan beratus-ratus lagi mengalami kecederaan dalam kejadian di selatan Iran lewat malam tadi. 

Dalam pada itu, pegawai berkata, gempa bumi berkenaan tidak menyebabkan kerosakan terhadap kilang nuklear di wilayah berkenaan. 

Laporan berkata, gempa bumi itu berlaku di bandar Kaki kira-kira 96 kilometer tenggara Bushehr, tempat kilang nuklear pertama Iran yang dibina dengan bantuan Russia. 

"Tiada kerosakan terhadap kilang berkenaan," kata Gabenor wilayah Bushehr, Fereidoun Hasanvand. Beliau berkata, 37 orang terkorban setakat ini dan 850 lagi mengalami kecederaan termasuk 100 orang diberikan rawatan di hospital. - AP

Tiada ulasan: