Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus membisu terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya oleh seorang ketua menteri bahawa SPRM "nakal dan tidak jujur" dalam siasatan mereka terhadap ahli politik kanan BN itu berhubung dakwaan rasuah.
"Saya tidak mahu mengulas tentang itu," kata Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali (kanan) ketika ditemui Malaysiakini di luar Simposium Utus Tadbir Korporat 2013 di Kuala Lumpur hari ini.
Percubaan sebelum ini untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu dari para pegawai kanan SPRM juga tidak berhasil kecuali "tiada komen".
Minggu lalu, ketika ditemui selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membidas panel anti-rasuah itu, dengan menuduh mereka "menjadikannya mangsa" dan bersikap "nakal dan tidak jujur" apabila diminta mengulas penyiasatan SPRM berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.
Malaysiakini/-
1 ulasan:
sesiapa yg belum tahu tentang kekayaan tai.. mahmud dan keluarga serta kroni, google: Senarai harta yg dimiliki oleh ketua menteri sarawak. juga google : kekayaan Mahathir.Berpuluh tahun berkuasa, ini hasilnya.
Catat Ulasan