10 April 2013

39 pengundi umur 100 tahun

29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


39 pengundi umur 100 tahun
Kor Ming (dua, kiri) bersama pimpinan DAP negeri pada sidang media berhubung daftar pemilih di Dun Kepayang yang didakwa mempunyai 39 pengundi yang meragukan.
 
IPOH – DAP Perak mendakwa telah menemui seramai 39 pengundi yang berumur lebih 100 tahun berdaftar di Dun Kepayang.

Setiausahanya, Nga Kor Ming mendakwa, isu daftar pemilih meragukan dibangkit sejak sekian lama namun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan

Pendaftaran Negara (JPN) gagal menyelesaikannya.

Dengan sinis Kor Ming berkata, penemuan itu menjadikan Dun Kepayang antara Dun yang mempunyai ramai pengundi warga emas berusia lebih 100 tahun.

“Senarai yang kita peroleh daripada SPR menunjukkan di Dun Kepayang sahaja, terdapat 39 pengundi berumur 100 hingga 108 tahun yang lahir sekitar 1905

hingga 1913 dan kita yakin di Dun lain juga terdapat perkara yang sama.

“Kejadian ini amat luar biasa dan saya meminta SPR perjelas isu ini memandangkan SPR pernah mengatakan senarai mereka adalah paling bersih di dunia

tetapi jelas ia tidak benar dan kita ada alasan untuk percaya pilihan raya kali ini akan menjadi adalah paling kotor.

“Lebih teruk apabila pengundi sedia ada akan kalah kepada pengundi hantu dan saya tidak menolak kemungkinan ia turut berlaku di kawasan lain,” katanya

ketika ditemui.

Tegas beliau, sebagai badan bertanggungjawab, SPR dan JPN perlu mempunyai mekanisme jelas bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan.

“Kita pernah digemparkan apabila ada daftar pemilih dengan nama seperti harimau bin buaya yang pernah disiarkan dalam media sebelum ini.

“Jangan terkejut jika lepas ini ada pula nama kucing bin anjing dan sebagainya. Jadi kita minta SPR siasat segera perkara ini dan bertindak tegas menangani

isu berbangkit,” katanya.

Beliau mendakwa daftar pemilih masih kotor dan tidak bersih malah SPR perlu bertanggungjawab bersihkan segera pemilih sebelum penamaan calon

dilakukan.

sinar/-

Tiada ulasan: