29 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA KANGSAR - Pas mengumumkan penyandang Dun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah sebagai calon kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Sementara itu, bagi kerusi Dun Manong, Ahli Jawatankuasa Pas Kuala Kangsar, Jamil Zulkarnain diumumkan sebagai calon.
Kedua-dua calon berkenaan diumumkan sendiri oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar di hadapan kira-kira 200 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Taman Bunga Raya di sini, malam tadi.
Hadir sama pada majlis itu Yang Dipertua Pas Kuala Kangsar, Raja Dr Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan